Adapun yang
wajib bagi ‘Alam mengandung empat perkara:
1. Jirim, yaitu barang yang beku bersamaan
luar dan dalam seperti, batu, kayu, besi dan tembaga
2. Jisim, yaitu barang yang hidup memakai
nyawa tiada bersamaan luar dalam seperti manusia dan binatang
3. Jauhar Farad, barang yang tiada boleh
dibelah-belah atau dibagi-bagi seperti asap, abu dan kuman yang halus-halus
4. Jauhar Latief, yaitu Jisim yang halus
seperti ruh, malaikat, jin, syaiton dan nur
Wajib bagi
Jirim, Jisim, Jauhar Farad dan Jauhar Latief bersifat dengan empat sifat:
1. Tempat, maka wajib baginya memakai tempat
seperti kiri atau kanan, atas atau bawah, hadapan atau belakang
2. Jihat, maka wajib baginya memakai jihat
seperti utara atau selatan, barat atau timur, jauh atau dekat
3. Berhimpun atau bercerai
4. Memakai ‘arad, yaitu gerak atau diam,
besar atau kecil, panjang atau pendek dan memakai rasa seperti manis atau
masam, masam atau tawar dan memakai warna-warna seperti hitam atau putih, merah
atau hijau dan memakai bau-bauan seperti harum atau busuk.
Sesungguhnya apabila seseorang itu berfikir
dan meneliti kejadian alam ini maka ia dapat petunjuk bahawa Allah s.w.t yang
telah menjadikannya.
1. Melihat
sesuatu kejadian yang ada disekeliling kita seperti kerusi atau meja dan
sebagainya maka kita dapati kerusi atau meja tersebut tidak boleh ada dengan
sendirinya melainkan ada yang membuatnya dan yang mengadakannya.
Maka dengan itu
kita beri’tiqad dan percaya alam ini tidak boleh ada dengan sendirinya
melainkan ada yang menjadikan dan menciptakannya tentulah Allah s.w.t yang Maha
Pencipta.
2. Kita
meneliti dan mengkaji dengan lebih jauh lagi akan perbuatan-perbuatan orang
yang membuat kerusi atau meja ada yang berbagai bentuk dan rupa, yang mana
mereka sentiasa membuat dan mengukir kerusi atau meja tadi dengan lebih baik
dan lebih halus lagi ukirannya tetapi tidak pernah lengkap dan sempurna.
Maka itu
kelemahan dan kekurangan manusia yang mengikut kadar dan ilmu serta kekuatan
yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala. Maka kita menyedari bahawa Allah Ta’ala
adalah Maha Sempurna di dalam mencipta kejadian alam ini.
3. Kita melihat
akan kejadian langit dan bumi ini dan alam cekerawala ini daripada manusia,
bulan, matahari, haiwan, tumbuh-tumbuhan yang mana setiap jenis dijadikan
dengan cukup lengkap dan sempurna. Contohnya manusia yang dijadikan adalah
sebaik-baik kejadian iaitu: berakal, bertutur, mendengar dan lain-lain sifat
lagi.
Dan apabila
kita perhatikan alam cekerawala seperti bumi, langit, bulan, matahari dan
lain-lain yang mana semuanya dicipta untuk manafaat dan keperluan semua makhluk
yang mana semua itu melemahkan akal para cerdik pandai memikirkan segala
kejadian tersebut yang tiada tolok bandingnya. Maka nyatalah di sini bahawa
penciptanya mempunyai kuasa yang Maha Sempurna, Ilmu yang Maha luas dan
bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang Maha Suci dari segala sifat
kekurangan.
Sesungguhnya
dari Kaedah Syar’iyyah dan berita para Nabi bahawa yang menjadikan alam ini
ialah Allah s.w.t kerana segala perbuatanNya menunjukkan bekas bagi segala
sifat yang Maha Suci dan tidaklah makhluk dapat mengetahui hakikatnya kerana
segala makhluk ciptaanNya sentiasa bersifat lemah dan mempunyai segala
kekurangan.
~~~~~~~ oOo
~~~~~~~