Adapun hakikat
Ma’rifat itu berhimpun atas tiga perkara:
1. 'Itikad Jazam, yaitu 'Itikad yang putus
tiada syak, dzon dan waham
2. Muwafikulilhaq, yaitu Muafakat dengan yang
sebenarnya mengikut Al Qur’an dan Hadits
3. Mu’addalil yaitu beserta dalil
Adapun Dalil
itu dua bahagi:
Dalil naqal
(naqli), yaitu Al Qur’an dan Hadits.
Dalil aqal
(aqli), yaitu aqal kita
~~~~~~~ oOo
~~~~~~~
Adapun dalil
wujud Allah Ta’ala pada orang awam yaitu Baharu alam seperti firman Allah
Ta’ala dalam Al Qur’an : Allahu khaliqu kullu syai’in, artinya: Allah Ta’ala
yang menjadikan tiap-tiap sesuatu
Adapun Hakikat
Ma’rifat orang yang Khawas :
'Itikat jazam,
tiada syak, dzon dan waham
Muwafakat
ilmunya, aqalnya dan hatinya dengan jalan Ilham Ilahi
Dalil pada
dirinya, seperti firman Allah Ta’ala dalam Al Qur’an: wa fii amfusikum afala
tubsiruun, artinya: pada diri kamu tiadakah kamu lihat, dan juga Hadits
Rasullullah, Man arofa nafsahu faqod arofa Robbahu, artinya barang siapa
mengenal dirinya bahwasanya mengenal Tuhannya.
Adapun Hakikat Ma’rifat orang yang Khawasul
khawas:
I’tikad jazam,
tiada sak, dzon dan waham
Muwafakat
Ilmunya, aqalnya dan hatinya dengan jalan kasaf Ilahi terkaya ia daripada dalil
yakni tiada berkehendak lagi kepada dalil (Aqal dhoruri) terus ia ma’rifat kepada
Allah Ta’ala.
~~~~~~~ oOo
~~~~~~~
Adapun Ma’rifat
itu tiga martabat:
1. Ilmul yaqin, yaitu segala Ulama
2. ‘Ainul yaqin, yaitu segala Aulia
3. Haqqul yaqin, yaitu segala Anbiya
~~~~~~~ oOo
~~~~~~~
SIFAT-SIFAT
KETUHANAN
Adapun yang wajib
bagi Ketuhanan itu bersifat dengan empat sifat:
Sifat Nafsiyah,
yaitu Wujud
Sifat Salbiyah
yaitu, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu lil khawaditsi, Qiyamuhu binafsihi dan
Wahdaniat
Sifat Ma’ani,
yaitu, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami’, Bashir dan Kalam
Sifat
Ma’nawiyah, yaitu Qadirun, Muridun, ‘Alimun, Hayyun, Sami’un, Bashirrun dan
Muttaqalimuun
Dibahagi lagi
menjadi dua sifat (Pendekatan secara nafi dan isbat)
Sifat Istighna’
yaitu, Wujud, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhulilkhawadits, Qiyamuhu binafsihi, Sami’,
Bashir, Kalam, Sami’un, Bashirun dan Muttaqallimun
Sifat Iftikor,
yaitu Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Kodirun, Muridun, ‘Alimun, Hayyun dan
Wahdaniah
~~~~~~~ oOo
~~~~~~~
Sifat 20
Adalah
sifat-sifat yang wajib bagi Allah s.w.t. yang wajib bagi Allah yang wajib
diketahui dengan tafsil ( satu persatu ) iaitu 20 sifat :1. Wujud : Ertinya Ada
Iaitu tetap dan
benar yang wajib bagi zat Allah Ta'ala yang tiada disebabkan dengan sesuatu
sebab. Maka wujud ( Ada ) – disisi Imam Fakhru Razi dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi
bukan ia a'in maujud dan bukan lain daripada a'in maujud , maka atas qaul ini
adalah wujud itu Haliyyah ( yang menepati antara ada dengan tiada) .
Tetapi pada
pendapat Imam Abu Hassan Al-Ashaari wujud itu 'ain Al-maujud , kerana wujud itu
zat maujud kerana tidak disebutkan wujud melainkan kepada zat. Kepercayaan
bahawa wujudnya Allah s.w.t. bukan sahaja di sisi agama Islam tetapi semua
kepercayaan di dalam dunia ini mengaku menyatakan Tuhan itu ada.
Firman Allah
s.w.t. yang bermaksud :
" Dan jika
kamu tanya orang-orang kafir itu siapa yang menjadikan langit dan bumi nescaya
berkata mereka itu Allah yang menjadikan……………"
( Surah Luqman
: Ayat 25 )
2. Qidam :
Ertinya Sedia
Pada hakikatnya
menafikan ada permulaan wujud Allah s.w.t kerana Allah s.w.t. menjadikan
tiap-tiap suatu yang ada, yang demikian tidak dapat tidak keadaannya lebih
dahulu daripada tiap-tiap sesuatu itu. Jika sekiranya Allah Ta'ala tidak lebih
dahulu daripada tiap-tiap sesuatu, maka hukumnya adalah mustahil dan batil.
Maka apabila disebut Allah s.w.t. bersifat Qidam maka jadilah ia qadim. Di
dalam Ilmu Tauhid ada satu perkataan yang sama maknanya dengan Qadim iaitu
Azali. Setengah ulama menyatakan bahawa kedua-dua perkataan ini sama maknanya
iaitu sesuatu yang tiada permulaan baginya. Maka qadim itu khas dan azali itu
am. Dan bagi tiap-tiap qadim itu azali tetapi tidak boleh sebaliknya, iaitu
tiap-tiap azali tidak boleh disebut qadim. Adalah qadim dengan nisbah kepada
nama terbahagi kepada empat bahagian :
1 ) Qadim
Sifati ( Tiada permulaan sifat Allah Ta'ala )
2 ) Qadim Zati
( Tiada permulaan zat Allah Ta'ala )
3 ) Qadim
Idhafi ( Terdahulu sesuatu atas sesuatu seperti terdahulu bapa nisbah kepada
anak )
4 ) Qadim
Zamani ( Lalu masa atas sesuatu sekurang-kurangnya satu tahun )
Maka Qadim
Haqiqi ( Qadim Sifati dan Qadim Zati ) tidak harus dikatakan lain daripada
Allah Ta'ala.
3. Baqa' :
Ertinya Kekal
Sentiasa ada,
kekal ada dan tiada akhirnya Allah s.w.t . Pada hakikatnya ialah menafikan ada
kesudahan bagi wujud Allah Ta'ala. Adapun yang lain daripada Allah Ta'ala , ada
yang kekal dan tidak binasa Selama-lamanya tetapi bukan dinamakan kekal yang
hakiki ( yang sebenar ) Bahkan kekal yang aradhi ( yang mendatang jua seperti
Arasy, Luh Mahfuz, Qalam, Kursi, Roh, Syurga, Neraka, jisim atau jasad para
Nabi dan Rasul ).
Perkara
–perkara tersebut kekal secara mendatang tatkala ia bertakluq dengan Sifat dan
Qudrat dan Iradat Allah Ta'ala pada mengekalkannya. Segala jisim semuanya
binasa melainkan 'ajbu Az-zanabi ( tulang kecil seperti biji sawi letaknya di
tungking manusia, itulah benih anak Adam ketika bangkit daripada kubur kelak ).
Jasad semua nabi-nabi dan jasad orang-orang syahid berjihad Fi Sabilillah yang
mana ianya adalah kekal aradhi jua. Disini nyatalah perkara yang diiktibarkan
permulaan dan kesudahan itu terbahagi kepada tiga bahagian :
1) Tiada
permulaan dan tiada kesudahan iaitu zat dan sifat Alllah s.w.t.
2) Ada
permulaan tetapi tiada kesudahan iaitu seperti Arash , Luh Mahfuz , syurga dan
lain-lain lagi.
3) Ada
permulaan dan ada kesudahan iaitu segala makhluk yang lain daripada perkara
yang diatas tadi ( Kedua ).
4.
Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadith. Ertinya : Bersalahan Allah Ta'ala dengan
segala yang baharu.
Pada zat ,
sifat atau perbuatannya sama ada yang baru , yang telah
ada atau yang
belum ada. Pada hakikat nya adalah menafikan Allah Ta'ala menyerupai dengan
yang baharu pada zatnya , sifatnya atau perbuatannya.
Sesungguhnya
zat Allah Ta'ala bukannya berjirim dan bukan aradh Dan tiada sesekali zatnya
berdarah , berdaging , bertulang dan juga bukan jenis leburan , tumbuh-tumbuhan
, tiada berpihak ,tiada ber-
tempat dan
tiada dalam masa. Dan sesungguhnya sifat Allah Ta'ala itu tiada bersamaan
dengan sifat yang baharu kerana sifat Allah Ta'ala itu qadim lagi azali dan
melengkapi ta'aluqnya. Sifat Sama' ( Maha Mendengar ) bagi Allah Ta'ala
berta'aluq ia pada segala maujudat tetapi bagi mendengar pada makhluk hanya
pada suara sahaja. Sesungguhnya di dalam Al-Quraan dan Al-Hadith yang menyebut
muka dan tangan Allah s.w.t. , maka perkataan itu hendaklah kita iktiqadkan
thabit ( tetap ) secara yang layak dengan Allah Ta'ala Yang Maha Suci daripada
berjisim dan Maha Suci Allah Ta'ala bersifat
dengan segala
sifat yang baharu.
5. Qiamuhu
Ta'ala Binafsihi : Ertinya : Berdiri Allah Ta'ala dengan sendirinya .
Tidak
berkehendak kepada tempat berdiri ( pada zat ) dan tidak
berkehendak
kepada yang menjadikannya
Maka hakikatnya
ibarat daripada menafikan Allah s.w.t. berkehendak
kepada tempat
berdiri dan kepada yang menjadikannya.
Allah s.w.t itu
terkaya dan tidak berhajat kepada sesuatu sama ada
pada
perbuatannya atau hukumannya.
Allah s.w.t
menjadikan tiap-tiap sesuatu dan mengadakan undang-
undang semuanya
untuk faedah dan maslahah yang kembali kepada
sekalian
makhluk .
Allah s.w.t
menjadikan sesuatu ( segala makhluk ) adalah kerana
kelebihan dan
belas kasihannya bukan berhajat kepada faedah.
Allah s.w.t.
Maha Terkaya daripada mengambil apa-apa manafaat
di atas
kataatan hamba-hambanya dan tidak sesekali menjadi
mudharat kepada
Allah Ta'ala atas sebab kemaksiatan dan kemung-
karan
hamba-hambanya.
Apa yang
diperintahkan atau ditegah pada hamba-hambanya adalah
perkara yang
kembali faedah dan manafaatnya kepada hamba-hamba-
nya jua.
Firman Allah
s.w.t. yang bermaksud :
"
Barangsiapa berbuat amal yang soleh ( baik ) maka pahalanya
itu pada
dirinya jua dan barangsiapa berbuat jahat maka bala-
sannya (
seksaannya ) itu tertanggung ke atas dirinya jua ".
( Surah
Fussilat : Ayat 46 )
Syeikh Suhaimi
r.a.h berkata adalah segala yang maujudat itu dengan
nisbah
berkehendak kepada tempat dan kepada yang menjadikannya ,
terbahagi
kepada empat bahagian :
1) Terkaya
daripada tempat berdiri dan daripada yang menjadi-
kannya iaitu
zat Allah s.w.t.
2) Berkehendak
kepada tempat berdiri dan kepada yang men-
jadikannya
iaitu segala aradh ( segala sifat yang baharu ).
3) Terkaya
daripada zat tempat berdiri tetapi berkehendak
kepada yang
menjadikannya iaitu segala jirim. ( Segala zat yang baharu ) .
4) Terkaya
daripada yang menjadikannya dan berdiri ia pada zat
iaitu sifat
Allah Ta'ala.
6. Al –
Wahdaniyyah.
Ertinya : Esa
Allah Ta'ala pada zat , pada sifat dan pada perbuatan.
Maka hakikatnya
ibarat daripada menafikan berbilang pada zat , pada
sifat dan pada
perbuatan sama ada bilangan yang muttasil ( yang ber-
hubung ) atau
bilangan yang munfasil ( yang bercerai ).
Makna Esa Allah
s.w.t. pada zat itu iaitu menafikan Kam Muttasil pada
Zat ( menafikan
bilangan yang berhubung dengan zat ) seperti tiada zat
Allah Ta'ala
tersusun daripada darah , daging , tulang ,urat dan lain-lain.
Dan menafikan
Kam Munfasil pada zat ( menafikan bilangan yang ber-
cerai pada zat
Allah Ta'ala )seperti tiada zat yang lain menyamai zat
Allah Ta'ala.
Makna Esa Allah
s.w.t pada sifat iaitu menafikan Kam muttasil pada
Sifat (
menafikan bilangan yang berhubung pada sifatnya ) iaitu tidak
sekali-kali
bagi Allah Ta'ala pada satu-satu jenis sifatnya dua qudrat
dan menafikan
Kam Munfasil pada sifat ( menafikan bilangan –
bilangan yang
bercerai pada sifat ) iaitu tidak ada sifat yang lain
menyamai
sebagaimana sifat Allah s.w.t. yang Maha Sempurna.
Makna Esa Allah
s.w.t. pada perbuatan iaitu menafikan Kam
Muttasil pada
perbuatan ( menafikan bilangan yang bercerai –cerai pada
perbuatan )
iaitu tidak ada perbuatan yang lain menyamai seperti
perbuatan Allah
bahkan segala apa yang berlaku di dalam alam semua-
nya perbuatan
Allah s.w.t sama ada perbuatan itu baik rupanya dan
hakikatnya
seperti iman dan taat atau jahat rupanya tiada pada hakikat-nya seperti kufur
dan maksiat sama ada perbuatan dirinya atau
perbuatan yang
lainnya ,semuanya perbuatan Allah s.w.t dan tidak
sekali-kali
hamba mempunyai perbuatan pada hakikatnya hanya pada
usaha dan
ikhtiar yang tiada memberi bekas.
Maka wajiblah
bagi Allah Ta'ala bersifat Wahdaniyyah dan ternafi bagi
Kam yang lima
itu iaitu :
1) Kam Muttasil
pada zat.
2) Kam Munfasil
pada zat.
3) Kam Muttasil
pada sifat.
4) Kam Munfasil
pada sifat.
5) Kam Munfasil
pada perbuatan.
Maka tiada zat
yang lain , sifat yang lain dan perbuatan yang lain
menyamai dengan
zat , sifat dan perbuatan Allah s.w.t .
Dan tertolak
segala kepercayaan-kepercayaan yang membawa kepada
menyengutukan
Allah Ta'ala dan perkara-perkara yang menjejaskan
serta
merosakkan iman.
7. Al – Qudrah
:
Ertinya : Kuasa
qudrah Allah s.w.t. memberi bekas pada mengadakan
meniadakan
tiap-tiap sesuatu.
Pada hakikatnya
ialah satu sifat yang qadim lagi azali yang thabit
( tetap )
berdiri pada zat Allah s.w.t. yang mengadakan tiap-tiap yang
ada dan
meniadakan tiap-tiap yang tiada bersetuju dengan iradah.
Adalah bagi
manusia itu usaha dan ikhtiar tidak boleh memberi bekas pada mengadakan atau
meniadakan , hanya usaha dan ikhtiar pada jalan menjayakan sesuatu .
Kepercayaan dan
iktiqad manusia di dalam perkara ini berbagai-bagai
Fikiran dan
fahaman seterusnya membawa berbagai-bagai kepercayaan dan iktiqad.
1) Iktiqad
Qadariah :
Perkataan
qadariah iaitu nisbah kepada qudrat . Maksudnya orang yang beriktiqad akan
segala perbuatan yang dilakukan manusia itu sama ada baik atau jahat semuanya
terbit atau berpunca daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri dan
sedikitpun tiada bersangkut-paut dengan kuasa Allah s.w.t.
2) Iktiqad
Jabariah :
Perkataan
Jabariah itu nisbah kepada Jabar ( Tergagah ) dan maksudnya orang yang
beriktiqad manusia dan makhluk bergantung kepada qadak dan qadar Allah
semata-mata ( tiada usaha dan ikhtiar atau boleh memilih samasekali ). 3)
Iktiqad Ahli Sunnah Wal – Jamaah :
Perkataan Ahli
Sunnah Wal Jamaahialah orang yang mengikut perjalanan Nabi dan perjalanan
orang-orang Islam iaitu beriktiqad bahawa hamba itu tidak digagahi semata-mata
dan tidak memberi bekas segala perbuatan yang disengajanya, tetapi ada perbuatan
yang di sengaja pada zahir itu yang dikatakan usaha dan ikhtiar yang tiada
memberi bekas sebenarnya sengaja hamba itu daripada Allah Ta;ala jua. Maka pada
segala makhluk ada usaha dan ikhtiar pada zahir dan tergagah pada batin dan
ikhtiar serta usaha hamba adalah tempat pergantungan taklif ( hukum ) ke
atasnya dengan suruhan dan tegahan
( ada pahala
dan dosa ).
8. Al – Iradah
:
Ertinya :
Menghendaki Allah Ta'ala.
Maksudnya
menentukan segala mumkin tentang adanya atau
tiadanya.
Sebenarnya
adalah sifat yang qadim lagi azali thabit berdiri pada
Zat Allah
Ta'ala yang menentukan segala perkara yang harus atau setengah yang harus atas
mumkin . Maka Allah Ta'ala yang selayaknya menghendaki tiap-tiap sesuatu apa
yang diperbuatnya.
Umat Islam
beriktiqad akan segala hal yang telah berlaku dan yang akan berlaku adalah
dengan mendapat ketentuan daripada Allah Ta'ala tentang rezeki , umur , baik ,
jahat , kaya , miskin dan sebagainya serta wajib pula beriktiqad manusia ada
mempunyai nasib ( bahagian ) di dalam dunia ini sebagaimana firman Allah s.w.t.
yang bermaksud :
"
Janganlah kamu lupakan nasib ( bahagian ) kamu
di dalam dunia
" .
( Surah Al –
Qasash : Ayat 77 )
Kesimpulannya
ialah umat Islam mestilah bersungguh-sungguh
untuk kemajuan
di dunia dan akhirat di mana menjunjung titah
perintah Allah
Ta'aladan menjauhi akan segala larangan dan
tegahannyadan
bermohon dan berserah kepada Allah s.w.t.
9. Al – Ilmu :
Ertinya :
Mengetahui Allah Ta'ala .
Maksudnya nyata
dan terang meliputi tiap-tiap sesuatu sama ada yang
Maujud (ada)
atau yang Ma'adum ( tiada ).
Hakikatnya
ialah satu sifat yang tetap ada ( thabit ) qadim lagi azali
berdiri pada
zat Allah Ta'ala.
Allah Ta'ala
Maha Mengetahui akan segala sesuatu sama ada perkara
Itu tersembunyi
atau rahsia dan juga yang terang dan nyata.
Maka Ilmu Allah
Ta'ala Maha Luas meliputi tiap-tiap sesuatu di
Alam yang fana'
ini.
10. Al – Hayat
.
Ertinya : Hidup
Allah Ta'ala.
Hakikatnya
ialah satu sifat yang tetap qadim lagi azali berdiri pada zat
Allah Ta’ala .
Segala sifat
yang ada berdiri pada zat daripada sifat Idrak ( pendapat )
Iaitu : sifat
qudrat , iradat , Ilmu , Sama’ Bashar dan Kalam.
11. Al - Samu’
: Ertinya : Mendengar Allah Ta'ala.
Hakikatnya
ialah sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri pada
Zat Allah
Ta’ala. Iaitu dengan terang dan nyata pada tiap-tiap yang maujud sama ada yang
maujud itu qadim seperti ia mendengar kalamnya atau yang ada itu harus sama ada
atau telah ada atau yang akan diadakan. Tiada terhijab ( terdinding ) seperti
dengan sebab jauh , bising , bersuara , tidak bersuara dan sebagainya. Allah
Ta'ala Maha Mendengar akan segala yang terang dan yang tersembunyi. Sebagaimana
firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
" Dan
ingatlah Allah sentiasa Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ".
( Surah
An-Nisa'a - Ayat 148 )
12. Al – Bashar
: Ertinya : Melihat Allah Ta'ala .
Hakikatnya
ialah satu sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri
pada zat Allah
Ta'ala. Allah Ta'ala wajib bersifat Maha Melihat sama ada yang dapat dilihat
oleh manusia atau tidak , jauh atau dekat , terang atau gelap , zahir atau
tersembunyi dan sebagainya. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
" Dan
Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan ".
( Surah Ali
Imran - Ayat 163 )
13 . Al – Kalam
: Ertinya : Berkata-kata Allah Ta'ala.
Hakikatnya
ialah satu sifat yang tetap ada , yang qadim lagi azali ,
berdiri pada
zat Allah Ta'ala. Menunjukkan apa yang diketahui oleh ilmu daripada yang wajib,
maka ia menunjukkan atas yang wajib sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud
:
" Aku
Allah , tiada tuhan melainkan Aku .........".
( Surah Taha -
Ayat 14 )
aripada yang
mustahil sebagaimana firman Allah Ta'ala yang
bermaksud :
"
........( kata orang Nasrani ) bahawasanya Allah Ta'ala
yang ketiga
daripada tiga..........".
( Surah
Al-Mai'dah - Ayat 73 )
Dan daripada
yang harus sebagaimana firman Allah Ta'ala yang
bermaksud :
" Padahal
Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang
kamu perbuat
itu".
( Surah Ash.
Shaffaat – Ayat 96 )
Kalam Allah
Ta'ala itu satu sifat jua tiada berbilang.
Tetapi ia
berbagai-bagai jika dipandang dari perkara yang dikatakan
iaitu :
1) Menunjuk
kepada 'amar ( perintah ) seperti tuntutan mendiri-
solat dan
lain-lain kefardhuan.
2) Menunjuk
kepada nahyu ( tegahan ) seperti tegahan mencuri dan lain-lain larangan.
3) Menunjuk
kepada khabar ( berita ) seperti kisah-kisah Firaun
dan lain-lain.
4) Menunjuk
kepada wa'ad ( janji baik ) seperti orang yan taat
dan beramal
soleh akan dapat balasan syurga dan lain-lain.
5) Menunjuk
kepada wa'ud ( janji balasan seksa ) seperti orang
yang menderhaka
kepada ibubapa akan dibalas dengan azab
seksa yang amat
berat.
14. Kaunuhu
Qadiran :
Ertinya :
Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkuasa Mengadakan Dan Mentiadakan.
Hakikatnya
iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala ,
tiada ia maujud
dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada
sifat Qudrat.
15.Kaunuhu
Muridan :
Ertinya :
Keadaan Allah Ta'ala Yang Menghendaki dan menentukan tiap-tiap sesuatu.
Hakikatnya
iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala ,
tiada ia maujud
dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada
sifat Iradat.
16.Kaunuhu 'Aliman : Ertinya : Keadaan Allah
Ta'ala Yang Mengetahui akan
Tiap-tiap
sesuatu.
Hakikatnya
iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , tiada ia maujud dan tiada ia
ma'adum , iaitu lain daripada sifat Al-Ilmu.
17.Kaunuhu
Haiyan : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Hidup.
Hakikatnya
iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia
ma'adum , iaitu lain daripada sifat Hayat.
18.Kaunuhu
Sami'an : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mendengar akan tiap-tiap yang
Maujud.
Hakikatnya
iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia
ma'adum, iaitu lain daripada sifat Sama'.
19.Kaunuhu
Bashiran : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Melihat akan tiap-tiap yang
Maujudat ( Benda yang ada ).
Hakikatnya
iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia
ma'adum , iaitu lain daripada sifat Bashar
20.Kaunuhu
Mutakalliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkata-kata.
Hakikatnya
iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia
ma'adum , iaitu lain daripada sifat Qudrat.
Sifat Mustahil
Bagi Allah s.w.t
Wajib atas tiap-tiap
mukallaf mengetahui sifat-sifat yang mustahil bagi Allah yang menjadi lawan
daripada dua puluh sifat yang wajib baginya. Maka dengan sebab itulah di
nyatakan di sini sifat-sifat yang mustahil satu-persatu :
1. ‘Adam beerti “tiada”
2. Huduth beerti “baharu”
3. Fana’ beerti “binasa”
4. Mumathalatuhu Lilhawadith beerti “menyerupai
makhluk”
5. Qiyamuhu Bighayrih beerti “berdiri dengan
yang lain”
6. Ta’addud beerti “berbilang-bilang”
7. ‘Ajz beerti “lemah”
8. Karahah beerti “terpaksa”
9. Jahl beerti “jahil/bodoh”
10. Mawt beerti “mati”
11. Samam beerti “tuli”
12. ‘Umy beerti “buta”
13. Bukm beerti “bisu”
14. Kaunuhu ‘Ajizan beerti “keadaannya yang
lemah”
15. Kaunuhu Karihan beerti “keadaannya yang
terpaksa”
16. Kaunuhu Jahilan beerti “keadaannya yang
jahil/bodoh”
17. Kaunuhu Mayyitan beerti “keadaannya yang
mati”
18. Kaunuhu Asam beerti “keadaannya yang tuli”
19. Kaunuhu A’ma beerti “keadaannya yang buta”
20. Kaunuhu Abkam beerti “keadaannya yang
bisu"
Sifat Harus Bagi Allah s.w.t
Adalah sifat
yang harus pada hak Allah Ta’ala hanya satu sahaja iaitu Harus bagi Allah
mengadakan sesuatu atau tidak mengadakan sesuatu atau di sebut sebagai mumkin.
Mumkin ialah sesuatu yang harus ada dan
tiada.