Adapun ‘Aqal
itu dua bahagi :
1. ‘Aqal Nazori, yaitu aqal yang berkehendak
kepada fikir dan keterangan.
2. ‘Aqal Doruri, yaitu aqal yang tiada
berkehendak kepada fikir dan keterangan.
Adapun Hukum
‘Aqal itu tiga bahagi:
1. Wajib ‘Aqal, yaitu barang yang tiada
diterima oleh aqal akan tiadanya maka wajib adanya (Zat, Sifat dan Af’al Allah)
2. Mustahil ‘Aqal, yaitu barang yang tiada
diterima oleh aqal akan adanya maka mustahil adanya (Segala kebalikan daripada
sifat yang wajib, sekutu)
3. Harus ‘Aqal, yaitu barang yang diterima
oleh akal akan adanya atau tiadanya (Alam dan segala isinya yang
baharu/diciptakan)
Sesungguhnya
setiap orang yang hendak mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui sifat-sifatnya ,
maka wajiblah lebih dahulu ia mengetahui akan hukum 'aqal dan bahagiannya.
Pengertian
Hukum 'Aqal :
Hukum ialah
menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menafikan suatu
perkara daripada perkara yang lain dengan tidak berkehendak kepada dicuba pada
menetapkan sesuatu perkara itu ( Adat ) dan tidak tergantung kepada sesuatu
perbuatan yang diperbuat oleh mukallaf ( bersalahan dengan hukum Syari'e ).
Pengertian
'Aqal :
Adalah 'Aqal
itu satu sifat yang dijadikan Allah s.w.t. pada manusia sehingga dengan itu
manusia berbeza dengan haiwan. Maka dengannya boleh menerima ilmu Nazhariyyah (
Ilmu yang berkehendakkan berfikir ) dan boleh mentadbirkan segala pekerjaan
dengan fikiran yang halus dan daripadanya tempat lahirnya berbagai-bagai
manafaat dan kebahagiaan kepada manusia.
Dan aqal itu berhajat
kepada undang-undang Syarak dan undang-undang Syarak juga tidak boleh berjalan
mengikut yang dikehendaki melainkan berhajat kepada 'aqal. Dan di antara
keduanya berhajat antara satu dengan yang lain ( ' Aqal berhajat kepada Syarak
dan Syara' berhajat kepada 'Aqal ) .
Bahagian Hukum
'Aqal :
Adalah hukum
'aqal itu terbahagi kepada tiga :
1) Wajib 'Aqli
iaitu perkara yang tiada diterima 'aqal akan tiadanya, hakikatnya mesti
menerima ada.Yang demikian wajib bagi Allah s.w.t. bersifat qidam maka
maksudnya ialah mesti ada Allah s.w.t bersifat qidam.
2) Mustahil
'Aqli iaitu perkara yang tidak diterima 'aqal akan adanya , hakikatnya mesti
tiada . Yang demikian mustahil Allah s.w.t. bersifat baharu maka maksudnya
tidak sekali-kali Allah s.w.t. itu bersifat baharu.
3) Harus 'Aqli
iaitu perkara yang diterima 'aqal adanya dan tiadanya, maka hakikatnya boleh
menerima ada dan tiada seperti keadaan seseorang itu adakalanya boleh bergerak
atau diam.
Bahagian Wajib
'Aqli :
Adalah wajib
'aqli terbahagi dua :
1) Wajib 'aqli
Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap adanya dengan tiada berkehendak
kepada bahasan dan kenyataan seperti menghukumkan satu itu tetap separuh
daripada dua .
2) Wajib 'aqli
Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap adanya dengan berkehendak kepada
fikiran dan bahasan serta mendatang- kan dalil-dalil atas ketetapan hukumnya
itu seperti menghukumkan wajib adanya Allah s.w.t. yang menjadikan alam ini
berserta dengan bahasan dan dalil-dalilnya.
Bahagian
Mustahil 'Aqli :
Adalah Mustahil
'Aqli terbahagi dua :
1) Mustahil
'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Berkehendak kepada
bahasan dan mendirikan dalil seperti contoh menghukumkan tiada terima ;aqal
satu itu separuh daripada tiga.
2) Mustahil
'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Dengan berkehendak
kepada fikiran dan bahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan
hukumannya itu seperti menghukumkan tiada terima 'aqal ada yang mensyirik bagi
Allah s.w.t. maka dengan itu 'aqal menghukumkan mustahil ada syirik bagi Allah
s.w.t itu melainkan dengan diadakan bahasan dengan mendatangkan dalil.
Bahagian Harus
'Aqli :
Adalah Harus
A'qli itu terbahagi dua :
1) Harus 'Aqli
Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh terima ada dan tiada dengan tidak
berkehendakkan bahasan dan mendatangkan dalil seperti menghukumkan keadaan
seseorang itu adakalanya ia bergerak atau diam .
2) Harus 'Aqli
Nazhari - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh dijadikan atau tiada boleh dengan
berkehendak kepada bahasan dan mendatangkan dalil-dalil seperti contoh
memberikan ganjaran pahala kepada orang yang tidak beramal , maka 'aqal
menghukumkan hal itu adalah harus melainkan dengan diadakan bahasan dan
dalil-dalil yang menunjukkan harus pada Allah s.w.t. memberikan seperti itu .
~~~~~~~ oOo
~~~~~~~